pelangi bukan tujuh warna
      <language>en</language>
aku tiada
         <description>Bunyi angin. Dan geseran tayar pada jalan raya. Itu sahaja yang bersuara, selain hujan yang menangiskan perasaan hiba.
Kerana katanya kepada mereka, dia tiada siapa-siapa, walau sebulan dua ini aku diyakinkan aku ada. 
Membuang kecewa, mungkin aku perlu belajar menerima.
Baiklah, aku terima—aku sebenarnya tiada. 
(Sedangkan dalam jiwa, dia tetap selalu, dan sentiasa.)</description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
29
         <description><![CDATA[Lalu beberapa jam selepas itu, Dia masih berkenan untuk panjangkan nyawa aku. 
29, dan keruntunan, dan (semakin) tegar menghadapi cabaran.
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">sera</category>
dia
         <description>Diam-diam, hanya lagi beberapa jam, umur 28 aku akan menjadi 29. Setahun ini, menyiapkan Mena dengan darah dalam episod lepas-10-tahun-SPM untuk segulung ijazah, terus bekerja di sebuah studio produksi ternama sebaik tamat sekolah—semua bagai sekelip mata, dan macam tak percaya, aku tegar diduga. 
Oh Sera, demi saat yang berlari, demi depressi silih berganti, demi dugaan yang menguji, cuma satu sahaja yang aku pegang kini—
Aku mungkin tiada apa-apa, mungkin juga tak punya sesiapa, tapi di manapun aku berada, aku masih ada air mata, dan aku masih ada Dia.
Terima kasih Tuhanku, atas kasih-sayangMu. Hidup dan matiku hanyalah untukMu.
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">sera</category>
sabar adalah kaca
         <description>Pada pagi yang hiba, aku boleh pilih menjadi kain buruk, terlantar sahaja di katil melayan runtun yang menggila dan meratap sakit dada.
Tapi, aku bergagah juga ke tempat kerja, melihat dunia dengan air mata dari dalam kereta, sambil berdoa Tuhan temani aku sepanjang masa. 
Saat ini, sabar adalah kaca.</description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
sampai terhenti nafas pada nyawa
         <description>Tuhanku,
Beratnya ujianMu, dan runtun ini yang sunguh, sungguh menyeksa, namun tidak pula aku mengharap apa-apa kerana Engkaulah segala-galanya. Sampai kering air mata, sampai terhenti nafas pada nyawa, (moga) aku takkan putus asa, kerana hanya padaMu aku simpan PERCAYA, dan selamanya aku akan PERCAYA.</description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
80km/j sahaja
         <description><![CDATA[Ia Sabtu yang tidak malang. 
Walaupun tayar kereta aku meletup dengan kuat dan pecah ketika memandu pulang dari kerja menuju ke rumah seorang kawan dengan (hanya) sepotong kek sempena hari jadinya yang ke 26, ia bukanlah Sabtu yang malang kerana ia tidak melibatkan lain-lain kejadian.
Kecuali kerana aku tidak kuat untuk mengeluarkan tayar simpanan yang sungguh berat dan tidak dapat menghubungi rakan-taulan kerana telefon bimbit yang tidak mempunyai kredit, aku terpaksa melangok di bawah jambatan lebuh raya Putrajaya-Cyberjaya untuk lebih kurang 10 minit.
Seorang gadis yang tidak lawa tetapi sebab aku seorang perempuan, tidak susah untuk mendapatkan pertolongan daripada orang awam yang lalu lalang. Contohnya, telah berhenti sebuah lori Alam Flora bersama empat lelaki yang gagah perkasa menolong aku menguruskan tayar yang pecah itu dalam masa kurang daripada lima minit, dan beres semuanya!
"Terima kasih banyak-banyak, abang-abang! Banyak-banyak, banyak-banyak, banyak-banyak!" Aku kata dengan semanis-manis senyuman sebelum mereka pergi bersama BJA 6527 semula.
Jadi, betullah aku kata, Sabtu itu bukanlah Sabtu yang malang—seorang kawan dapat meraikan hari jadinya dengan (hanya) sepotong kek yang biasa-biasa, dan kereta aku dapat bergerak dengan tayar simpanan yang sungguh bergaya, dan aku boleh berdisiplin dengan memandu pada kelajuan 80km/j sahaja. 
Cuma, aku perlukan sejumlah wang untuk membeli tayar baru kerana tayar yang pecah itu tidak boleh ditampal untuk selama-lamanya.
Lagi cuma, ia menambahkan koleksi kekacakan kereta aku yang telah sedia ada yang mana salah satunya aku terlanggar longkang sebaik tiba di kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Haji pada malam yang gelita sedangkan malam-malam dan malam-malam dan malam-malam sebelum itu aku tidak tidur langsung untuk menjadi hamba kerja menjadikan aku terlalu penat dan sangat tidak bermaya—
Dan salah satunya lagi akibat tersangkut pada simen pejalan kaki yang tinggi ketika hendak meletak kereta di depan kedai Cina tempat aku bekerja—
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">sera</category>
walau rambutnya masih tiada
         <description><![CDATA[Walau rambutnya masih tiada, tawaran jamu selera itu masih terbuka. Teka siapa?
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">kerja</category>
mana sharlinie?
Semua orang tak tahu di mana Sharlinie, sama macam semua orang tak tahu di mana Nurin Jazlin, kecuali si penjahanam.
Betul aku sangat sebok dengan kerja, siang dan malam dan pagi dan petang dan subuh dan senja, tapi aku masih peka dengan kerosakan yang berlaku pada dunia—ke mana menghilangnya Sharlinie pada suatu petang—sungguh, ia sangat-sangat mengganggu fikiran! 
Aku tahu juga ramai yang sukar membaca poster yang diedarkan oleh badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang persendirian kerana ada yang tidak kena pada gambar Sharlinie dan terlalu banyak pula nombor telefon yang diberi. Kalau aku terjumpa kelibat Sharlinie atau si penjahanam pun aku memang tak akan teringatkan nombor-nombor yang harus dihubungi, walaupun semua nombor itu selamat aku simpan dalam telefon tangan.
Justeru, ini sahajalah sumbangan yang mampu aku berikan. Kliklah pada gambar, cetak dan tampallah poster ini pada kereta-kereta, atau di mana-mana sudut dunia. 
Semoga Sharlinie tidak diapa-apakan, dan semoga Sharlinie selamat dikembalikan ke tangan ibu dan ayah yang melahir dan membesarkan.]]></description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">dunia</category>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
teka siapa?
Hei, si bijaksana akan dibelanja Sera Bagus berjamu selera! =).]]></description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">kerja</category>
selalu
         <description><![CDATA[Selalu, Tuhan selalu berikan kegembiraan yang tak terduga itu, selalu.
Apabila aku resah, sedih dan runtun yang tak sudah, dan bila aku berpuasa untuk mengurangkan tenaga melayan kesakitan itu semua, selalu, selalu Tuhan berikan aku kegembiraan tak terduga, dengan segera.
Macam Isnin tiga minggu lepas, dan Isnin dua minggu lepas, dan Isnin minggu lepas, dan juga Isnin minggu ini, hari ini.
Maka petang ini, macam petang Isnin-isnin yang itu, aku akan pulang dari kerja dengan senyuman gembira, hati yang berbunga-bunga.
(Oh, ya. Sera, dia memang sudah bekerja sebagai 3D animator sejak lima bulan yang lalu, di sebuah kedai Cina, di sebuah kampung baru yang diberi nama Cyberjaya. Nanti, apabila dia ada masa dan gembira, dia akan bercerita.)]]></description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
(it's your love.)
         <description><![CDATA[<object width="1" height="1"><param name="movie" value="http://media.imeem.com/m/HsnUfAy-hf"></param><param name="wmode" value="transparent"></param><embed src="http://media.imeem.com/m/HsnUfAy-hf" type="application/x-shockwave-flash" width="1" height="1" wmode="transparent"></embed></object>It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough.
And if you wonder about the spell I'm under—
It's your love.
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
lima pagi
         <description>Lima pagi.
Dan depressi.</description>
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">runtun</category>
selamat hari raya, kuala lumpur.
         <description>Selamat Hari Raya, Kuala Lumpur.
(Dan selamat datang, Ameen dan Mimi. Dan Amri, Wardah dan Wana.)
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">dunia</category>
kehadapan adam ii
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">sera</category>
dan masa dan kudrat dan rehat 
         <description><![CDATA[Oh, semua pun masih tak terkemaskan ketika Ramadhan datang bersama rahmat. 
Sungguh, aku kekurangan masa dan kudrat, dan kurang rehat. Dan masa dan kudrat dan rehat tidak boleh dibeli di mana-mana kecuali aku tabah dan kuat. Dan cekal sebagai Sera yang sentiasa bersemangat, walaupun sangat, sangat penat.
                  <category domain="http://www.sixapart.com/ns/types#category">sera</category>