Galeri Muslim Bonda Shafiya
Himpunan tudung untuk tetap tampil cantik dalam nuansa beribadah kepada Allah.

Khidmat Reka Grafik & 3D
Model 3D, animasi, logo, kad perniagaan, kepala surat & lain oleh Sera Bagus.

80km/j sahaja


Ia Sabtu yang tidak malang.

Walaupun tayar kereta aku meletup dengan kuat dan pecah ketika memandu pulang dari kerja menuju ke rumah seorang kawan dengan (hanya) sepotong kek sempena hari jadinya yang ke 26, ia bukanlah Sabtu yang malang kerana ia tidak melibatkan lain-lain kejadian.

Kecuali kerana aku tidak kuat untuk mengeluarkan tayar simpanan yang sungguh berat dan tidak dapat menghubungi rakan-taulan kerana telefon bimbit yang tidak mempunyai kredit, aku terpaksa melangok di bawah jambatan lebuh raya Putrajaya-Cyberjaya untuk lebih kurang 10 minit.

Seorang gadis yang tidak lawa tetapi sebab aku seorang perempuan, tidak susah untuk mendapatkan pertolongan daripada orang awam yang lalu lalang. Contohnya, telah berhenti sebuah lori Alam Flora bersama empat lelaki yang gagah perkasa menolong aku menguruskan tayar yang pecah itu dalam masa kurang daripada lima minit, dan beres semuanya!

"Terima kasih banyak-banyak, abang-abang! Banyak-banyak, banyak-banyak, banyak-banyak!" Aku kata dengan semanis-manis senyuman sebelum mereka pergi bersama BJA 6527 semula.

Jadi, betullah aku kata, Sabtu itu bukanlah Sabtu yang malang—seorang kawan dapat meraikan hari jadinya dengan (hanya) sepotong kek yang biasa-biasa, dan kereta aku dapat bergerak dengan tayar simpanan yang sungguh bergaya, dan aku boleh berdisiplin dengan memandu pada kelajuan 80km/j sahaja.

Cuma, aku perlukan sejumlah wang untuk membeli tayar baru kerana tayar yang pecah itu tidak boleh ditampal untuk selama-lamanya.

Lagi cuma, ia menambahkan koleksi kekacakan kereta aku yang telah sedia ada yang mana salah satunya aku terlanggar longkang sebaik tiba di kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Haji pada malam yang gelita sedangkan malam-malam dan malam-malam dan malam-malam sebelum itu aku tidak tidur langsung untuk menjadi hamba kerja menjadikan aku terlalu penat dan sangat tidak bermaya—

Dan salah satunya lagi akibat tersangkut pada simen pejalan kaki yang tinggi ketika hendak meletak kereta di depan kedai Cina tempat aku bekerja—





lagu











Simpan?
lagu:






bee!