Galeri Muslim Bonda Shafiya
Himpunan tudung untuk tetap tampil cantik dalam nuansa beribadah kepada Allah.

Khidmat Reka Grafik & 3D
Model 3D, animasi, logo, kad perniagaan, kepala surat & lain oleh Sera Bagus.

mana sharlinie?


Semua orang tak tahu di mana Sharlinie, sama macam semua orang tak tahu di mana Nurin Jazlin, kecuali si penjahanam.

Betul aku sangat sebok dengan kerja, siang dan malam dan pagi dan petang dan subuh dan senja, tapi aku masih peka dengan kerosakan yang berlaku pada dunia—ke mana menghilangnya Sharlinie pada suatu petang—sungguh, ia sangat-sangat mengganggu fikiran!

Aku tahu juga ramai yang sukar membaca poster yang diedarkan oleh badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang persendirian kerana ada yang tidak kena pada gambar Sharlinie dan terlalu banyak pula nombor telefon yang diberi. Kalau aku terjumpa kelibat Sharlinie atau si penjahanam pun aku memang tak akan teringatkan nombor-nombor yang harus dihubungi, walaupun semua nombor itu selamat aku simpan dalam telefon tangan.

Justeru, ini sahajalah sumbangan yang mampu aku berikan. Kliklah pada gambar, cetak dan tampallah poster ini pada kereta-kereta, atau di mana-mana sudut dunia.

Semoga Sharlinie tidak diapa-apakan, dan semoga Sharlinie selamat dikembalikan ke tangan ibu dan ayah yang melahir dan membesarkan.





lagu











Simpan?
lagu:






bee!