kehadapan
ardy69,
spyz dan
pisces,
maafkan saya. saya dengan tidak sengaja telah terpadamkan lagu-lagu kamu bertiga :(.
![]()
Galeri Muslim Bonda Shafiya
Himpunan tudung untuk tetap tampil cantik dalam nuansa beribadah kepada Allah. Khidmat Reka Grafik & 3D Model 3D, animasi, logo, kad perniagaan, kepala surat & lain oleh Sera Bagus. |
cinta di udarapembikinannya (ii)
Ini adalah lakaran pertama yang aku buat untuk karakter Abu dan Abi selepas mula faham rakaman dialog yang diberikan. Lakaran ini jugalah yang aku konsultkan dengan Pn. Juhanita untuk kali pertama dan Pn. Juhanita cadangkan aku rujuk kepada Johnny Bravo, selepas itu dengan Gillian dan Joe dan Kanan dan dengan Pn. Juhanita sekali lagi, pada minggu depan. Mula-mula aku mahu lokasikan drama tersebut di sebuah taman, pada waktu malam, disinari lampu neon di atas bangku panjang (aku kotakkan dengan warna merah) tapi lepas Mr. Joe tanya apa nak buat bila dialog "I would leap from this very balloon," maka aku tukar lokasinya di atas awan biru dalam belon panas yang hangat dengan cinta si Abu.
Minggu depannya lagi (atau dua minggu selepas itu, aku tak pasti), kena konsult storyboard. Sudah aku bilang fikiran aku sangat buntu jadi ini sahajalah yang mampu aku tunjukkan kepada Kanan dan Pn. Juhanita. Juga concept board;
Apabila tengok kerja storyboard aku yang macam taik dan concept board yang tidak memenuhi kriteria, sepatutnya dilukis menegak aku lukis melintang, Kanan marah aku. Dia kata, "you can show us this only?" Dia tak tinggikan suara, tapi nadanya sinis. Nampak memang aku tak buat kerja, aku cuma tunjuk dua muka surat dalam sketch book, tak macam orang lain berpuluh-puluh muka. Aku buntulah, dengan hidup aku yang tak pernah menentu. Masa itu aku tak pandang muka dia. Aku pandang muka Pn. Juhanita sahaja. Pn. Juhanita tak sound aku apa pun, padahal dia Koordinator, dia lagi tolong berikan idea. (Baik Pn. Juhanita itu, sebelum ini aku tak pernah kisah pasal dia pun.) Lepas itu Kanan suruh aku tunjuk kerja aku yang lepas. Aku geram dengan dia sebab masa tiba giliran aku konsult sebelum itu, dia keluar dari kelas. Siapa suruh dia jawab telefon ketika dia sedang ada kelas? Sekarang lagi mau tegur aku. Minggu berminggu berlalu, semua orang sudah mulakan modeling guna Maya, aku masih berperah otak mendevelopkan karektor Abu berdasarkan Johnny Bravo dan Abi berdasarkan imaginasi sendiri. Antaranya;
Seterusnya, balik semula ke storyboard;
Untuk Abu aku tak ada masalah sebab semua cikgu dalam kelas sudah puas hati (ia mengambil masa dan proses yang lama juga, tidak sesenang itu) cuma ada pertikaian tentang karaktor Abi antara Ms. Gillian, Pn. Juhanita dan aku. Pn. Juhanita kata kataktor Abi sudah OK tapi Ms. Gillian mahu aku developkan lagi. Lama-lama aku jadi depressed. Tapi, tanpa diduga pada suatu pagi di dalam studio, Gillian telah berkata; "Sera, if you are happy with what you already have for your woman character, go ahead." Hee! Dia telah buat aku senyum sampai nak jatuh kepala, macam ini:
lagu
sera:
kehadapan ardy69, maafkan saya. saya dengan tidak sengaja telah terpadamkan lagu-lagu kamu bertiga :(. (121006
21:33) |
terkini
aku tiada 29 dia sabar adalah kaca sampai terhenti nafas pada nyawa 80km/j sahaja walau rambutnya masih tiada mana sharlinie? teka siapa? selalu kategori
arkib
kawan
link
honeybiru
|