ok.. gile sedap. haha..
dah order lagi 100biji dgn kak sera mlm td.
![]()
Galeri Muslim Bonda Shafiya
Himpunan tudung untuk tetap tampil cantik dalam nuansa beribadah kepada Allah. Khidmat Reka Grafik & 3D Model 3D, animasi, logo, kad perniagaan, kepala surat & lain oleh Sera Bagus. |
watie rolly tartie![]() Tengok tat gulung kak Wati ini. Sedapkah? Aku suka kuih tat, memang, tapi, sejak ibu meninggal dunia, tat bukanlah kegemaran aku lagi sebab aku tak pernah jumpa lagi tat sesedap yang ibu buat. Dulu. Jadi, bila kak Wati cuba-cuba membuat kuih tersebut bermula Ramadhan tahun lepas, aku tidaklah hairan dan jakun, walaupun Ida cakap, dan kak Rubi, jiran depan rumah cakap bahawa tat yang kak Wati memang sedap, ia tidak berkesan mempengaruhi aku. Bagi aku, tat yang ibu buat adalah tat nombor satu. (Pada masa itu, sampai Ida memohon kak Wati buatkan tat tersebut untuknya untuk dibawa pulang ke Brunei. Malangnya masa itu kak Wati memang takut untuk berniaga. Dia kata dia segan. Kes kak Rubi, kak Wati telah menyiapkan satu balang untuk memenuhi tempahannya, tapi sampai lepas raya kak Wati takut hendak serahkan sebalangan tat tersebut, sebab, katanya lagi, "akak seganla Sera kalau tak sedap." Sudahnya dia makan sendiri.) Tapi, sejak minggu lepas, apabila Ida datang ke rumah ketika itu kebetulannya kak Wati sedang membakar tat keluarannya, lalu Ida terus-terusan cakap tat kak Wati sangat sedap sebab lembut, rapuh, sangat lemak, sangat itu dan sangat ini, bersama semua kata-kata manis dan pujian diberikan oleh Ida, juga melihat cara dia memasukkan tat kak Wati ke dalam mulutnya dan cara dia mengunyahnya dengan memejamkan mata tanda nikmat tak terhingga, dia telah buat aku sedikit (sedikit sahaja, OK!) teruja. Apabila kak Wati mengadu pada Ida hatinya menjadi gundah kerana dia telah tertidur malam tadi mengakibatkan tat yang dibakarnya telah lama sedikit dari sepatutnya (dia sangat cerewet, dia adjust sendiri resepi yang dia jumpa di mana-mana sampai dia jumpa formula rahsia tersedap membuat tat), Ida dengan ghairahnya telah membeli kumpulan tat-tat tersebut dengan satu harga yang mereka berdua telah persetujui. Lagi sekali, Ida telah buat aku sedikit (demi sedikit!) teruja. Balik dari terawikh, kak Wati menyuruh aku menghantar sms kepada Ida bertanyakan pendapatnya tentang kumpulan tat tersebut. Ida kwati ty tat Tak lama lepas itu, Ida membalas. Dgn nm Allah xd Hari demi hari, bila aku jumpa Ida di mana-mana, dia asyik cakap kesedapan kuih tat kak Wati. Kak Wati kata, kawan-kawan di pasaraya tempat dia bekerja ramai yang suka kelainan dan keistimewaan tat kak Wati berbanding tat-tat biasa. Ini buat aku makin teruja. Jadi, pada suatu hari selepas berbuka puasa, aku memberanikan diri merasa sebiji. Kemudian dua biji. Kemudian tiga biji. Kemudian berbiji-biji. Lama-lama kak Wati sound aku. "Sera, dahlah, janganlah asyik makan je kuih tat akak, kalau macam ni sampai bila akak nak cukupkan orang order. Tolonglah akak, Sera. Penat akak tau buat tiap-tiap malam lepas balik kerja tapi semua orang asyik makan je." Tapi aku buat tak dengar dan buat tak tahu. Sekarang aku mengalah bahawa aku sangat suka tat-tat ibu, juga tat-tat kak Wati itu. Apabila aku tengok makin hari makin banyak tempahan diterima, kini mencecah 1600 biji (dan wajah kak Wati semakin hari semakin berbunga-bunga kerana gembira), sedang aku tak cukup masa untuk menolong dia dan suami dan abang Dali di dapur untuk mengopek nenas-nenas dan menjaga api dapur untuk memasak jem, dan menguli-nguli tepung dan menjengah-jengah oven, aku tawarkan dia untuk reka satu label untuk ditampal di balang-balang tat-tatnya. Hari ini, selama satu jam, aku berjaya dapatkan ilham untuk itu. Setelah aku siap cetak dan segala, dan tunjuk pada dia, Kak Wati senyum-senyum tengok label yang aku reka. Sekarang tat kak Wati sudah ada label sendiri. Kak Wati, dulu, dia bukan macam ini. Dulu dia susah hendak percaya kebolehan sendiri. Dia selalu tak yakin dia boleh buat itu dia boleh buat ini. Namun, apabila dia sudah nampak kelebihannya dalam bidang pengtatan, dia mula percaya diri. Aku harap kak Wati akan maju jaya lagi. Siapa berminat, boleh telefon dia (lupa nak tulis-RM3x untuk 100 biji, RM1x untuk 50 biji). Saya sebagai adik (selain menolong mengagihkan sample) cuma menghantar order-order daripada pelanggan-pelanggannya, itupun jika saya ada masa ;). ![]() lagu
wawa:
ok.. gile sedap. haha.. (171006
14:56)
yoy:
antar la sample kuih tat banyak2...yoy suka la...sedap ...tapi ibu kata nak buat...(ntah bila2 la ibu saya nak buat...) (091006
16:36)
penyubiru:
glurp! tertelan air liur kawan.rezeki bulan ramadhan. (051006
15:19)
paskal:
akum..huhuhu cedapnye kelihatan tart itu. nak cikit bley? (041006
21:49)
nurkilla:
sera, sera: nurkilla, cuba tanya kak wati. kot2 nak balik johor nanti dia leh singgah? sera tak satu kapal dgn dia balik raya ni. naik kapal lain :) (041006
11:45)
zamri:
What a sweet design. walla!!! (031006
18:25)
bartman:
yum..yum..nampak sedap je kuih tart tu.. btw sera apa khabar? dah sihat? sera: lembah klang? (031006
10:06)
medaz:
hantar uk boleh ke? (300906
21:36)
Reen:
Tart gulung kak Wati sedap sampai termimpi2. Betul! Pagi tadi saya mimpi. Nak order lg 1 balang eh. Nanti saya transfer RMxx terus ye.. (300906
16:03)
nett:
sera... (290906
16:03)
pisces:
bila baca mmg mengiurkan.. pastu tgk gambar plak.. adehh.. kurang pahala puasa.. nanti erk sera, kena tgk budget la.. tapi niat nak beli tu mmg ader.. apa pun mmg mimpi kuih tat kak watie la aku malam ni.. (290906
13:00)
chot:
tertelan air liur bila baca part ida memasukkan dlm mulut tu... (290906
11:17)
aishah badaruddin:
sera.. gambar tat tu nampak menarik sangat.. kalau nak order camne nak amik? email la akak. sera: akak. akak call/sms kak wati ok? bab penghantaran, kalau area lembah kelang sera leh hantar. cuma mungkin sera tak tau jalan gi mana-mana ofis/rumah. akak kena ajar. (290906
10:36)
AuRuM:
yumm.. yummm.. enaknye... (290906
6:07) |
terkini
aku tiada 29 dia sabar adalah kaca sampai terhenti nafas pada nyawa 80km/j sahaja walau rambutnya masih tiada mana sharlinie? teka siapa? selalu kategori
arkib
kawan
link
honeybiru
|